Bertanding Presiden UMNO Sulaiman Palestin

Dalam Perhimpunan Agung UMNO pada Jun 1978, Sulaiman Palestin mengejutkan ramai pihak kerana bertanding mencabar Presiden UMNO, Tun Hussein Onn.Tindakan beliau dianggap sebagai tindakan ahli UMNO yang 'berani mati'. Namun begitu beliau tewas dengan mudah kerana hanya mendapat 250 undi dan Hussein mendapat 898 undi. Ketika itu Hussein Onn hanya pemangku Presiden UMNO . UMNO Bahagian Sungai Besi satu-satunya bahagian UMNO yang telah mencalonkan beliau bertanding menentang Hussein Onn. Cabaran ini bukanlah cabaran yang 'credible' namun ia memecahkan tradisi UMNO. Ekoran cabaran dari 'maverick' itu , Hussein Onn melepaskan jawatan sebagai Presiden UMNO dan Perdana Menteri Malaysia pada 16 Julai 1981 kepada Dr Mahathir Mohamad.[12]

Sebenarnya, Sulaiman Palestin dianggap sebagai 'proxy' kepada bekas Menteri Besar Selangor, Dato Harun Idris yang sedang dipenjara di Penjara Pudu.[13] Andainya Sulaiman Palestin menang, beliaulah yang akan menjadi Presiden UMNO dan seterusnya sebagai Perdana Menteri Malaysia.[14] Harun Idris terbabit dengan rasuah Hongkong and Shanghai Bank. Kerajaan Malaysia telah memberi pinjaman sejumlah $47.4 juta bagi menyelamatkan Bank Rakyat. [15]

Penentangan Sulaiman Palestin disamakan dengan penentangan Tengku Razaleigh Hamzah-Musa Hitam terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad-Ghaffar Baba pada April 1987.[16] Persamaan ini dinafikan oleh Dr Mahathir Mohamad. Mahathir mendapat 718 undi, Razaleigh mendapat 761 undi dengan perbezaan hanya 43. Dr Mahathir berhujah bahawa 1 undi pun majoriti dan menang juga. Dr Mahathir juga mengubah Perlembagaan UMNO iaitu pencabar jawatan Presiden UMNO mestilah mendapat sejumlah undi dari perwakilan .

Tunku Abdul Rahman pernah ditentang oleh C.M Yusuf tetapi tidak pula dihukum oleh Tengku. Sebaliknya CM Yusuf dilantik sebagai Speaker Dewan Rakyat. [17]